Rabu, 26 November 2014

Peralatan Katering






PERALATAN KATERING


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini saya ingin menerangkan sedikit sebanyak tentang kegunaan peralatan katering. Terdapat dua kategori iaitu "front of house" dan "back of house". Contoh sebagai "front of house" ialah restoran, front office dan coffee house manakala bagi "back of house"pula ialah kitchen, butcher, housekeeping dan lain lain lagi.

"FRONT OF HOUSE

Terdapat beberapa peralatan bagi "front of house" dan contoh-contohnya ialah linen. Linen ialah benda atau alatan rumah yang diperbuat daripada kain linen yang diperbuat daripada rami yang halus. Kegunaannya ialah untuk pelanggan membersihkan mulut dan dijadikan sebagai hiasan. 

Linen
Seterusnya pula ialah bar counter. Bar counter adalah tempat untuk membuat minuman kepada pelanggan dan pada kebiasaanya menyediakan minuman yang beralkohol.

Bar counter

Glassware pula ialah jenis- jenis gelas. Terdapat beberapa jenis gelas seperti high ball, shot glass, wine glass, cocktail glass dan lain lain lagi. 

Glassware

Hollowware pula ialah adalah peralatan makanan seperti coffee pot, tea pot, sugar bowl, keetle on stand, creamer, water tray, waste bowl dan pitcher.

Hollowware

Cutleries adalah salah satu peralatan katering. Cutleries mempunyai dessert fork, butter knife, bread knife, coffee tea, water goblet dan lain lain.
Cutleries
Kita teruskan pula dengan Chinaware. Chinaware mempunyai pinggan dan gelas yang dihasilkan dengan begitu cantik dan menarik dan sebagai contohnya ialah dinner plate, salad plate, rim shape, coupe shape dan lain lain.
Chinaware

Akhir sekali ialah furniture. Furniture ini ialah seperti kerusi, meja, lampu yang menarik dan banyak lagi.
Furniture

BACK OF HOUSE

Dan itu adalah contoh-contoh bagi "front of house". Seterusnya pula ialah dengan "back of house" pula dan contohnya ialah mixer. Kegunaanya untuk membuat kek yang lazat dan menarik.

Mixer

Seterusnya pula ialah meat chopper. Kegunaanya ialah untuk memotong dan melumat daging kepada kuantiti yang kecil dan nipis. 
Meat chopper

Food cutter pula ialah sebuah mesin yang mudah untuk memotong pelbagai jenis sayur dalam masa yang lebih cepat dan mudah.

Food cutter
Kita pergi kepada peralatan seterusnya ialah steam jacketed kettle. Amat sesuai untuk memasak makanan dalam kuantiti yang banyak dan lebih memudahkan. 

Steamed jacketed kettle

Selain itu juga, peralatan seterusnya ialah food slicer. Kegunaanya ialah untuk menghiris daging, buah atau sayur-sayuran. Kerja pemotongan akan dapat lebih mudah dan selamat. 

Food slicer

Oven adalah juga salah satu peralatan katering dan kegunaanya ialah untuk membakar makan seperti daging, pizza dan lain-lain lagi. Oven akan mengeluarkan haba yang tinggi dari bawah dan makanan yang dimasukkan akan masak dengan lebih baik.

Oven

Kita sambung dengan tilting frying pan pula. Diperbuat daripada keluli tahan karat, manakala sisi pan itu diperbuat daripada keluli kaca.
Tilting frying pan

Seterusnya, broiler juga adalah peralatan katering. Kegunaannya ialah untuk memanggang ayam dan lain-lain. Sama sahaja seperti oven tetapi mempunyai sedikit kelainan. Broiler mengeluarkan haba dari atas.

Broiler

Akhir sekali ialah chiller dan freezer. Kegunaan chiller ialah untuk menyejukkan makanan manakala freezer pula untuk membekukan makanan.
Freezer

Chiller

Dan ini adalah sedikit sebanyak tentang peralatan katering. Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca sedikit informasi yang telah saya sampaikan.

Ahad, 23 November 2014

Muzium Coklat

Muzium Coklat


Pada hari ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai Muzium Coklat ini. Bertempat di kawasan kota Damansara , muzium ini dibuka secara percuma untuk orang ramai bermula dari 10 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari .

Muzium ini akan memberi pelbagai jenis info tentang coklat . Mereka akan menerangkan jenis-jenis coklat dan pelbagai lagi .Bagi mereka yang menggemari coklat, boleh la berkunjung ke sini untuk mendapat pengalaman baru .

Terdapat banyak informasi mengenai coklat di sepanjang menuju ke Chocolate Kitchen dan Chocolate Galleria.

Sistem Barter
Cortes ialah orang yang pertama membawa biji koko ke europe


Ini ialah Raja Montezuma .Raja inilah yang orang yang pertama menjadikan kokoa ini sebagai makanan .Pada masa dahulu ,kaum-kaum lain menjadikan koko sebagai tempat pemujaan dan lain lain .


Menurut dari Chef  yang bertugas, coklat adalah baik untuk otak , tulang , jantung dan lain .Ia dapat menguatkan daya ingatan , menguatkan tulang dan melancarkan peredaran darah .

Chocolate Kitchen
Ini adalah Chocolate Kitchen . Ini semua dibuat daripada coklat dan pelbagai bentuk yang menarik dan cantik yang dibuat oleh Chef yang mahir dalam bidang ini .

Selepas menikmati demonstrasi tersebut, pengunjung-pengunjung boleh membeli coklat-coklat dia Galleria Chocolate pada harga yang lebih murah.

Bagi mereka yang amat meminati coklat ini, bolehlah menghadirkan diri ke Muzium Coklat ini untuk mendapat informasi yang lebih mendalam lagi.

Isnin, 17 November 2014

Mexican food


Mexican Food

Popilla One City 
Assalamuaalaikum dan salam sejahtera . Pada hari ini saya ingin berkongsikan sedikit sebanyak tentang makanan mexico . Saya telah memilih sebuah restoran mexico yang diberi nama Popilla di One City . Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan mexico yang lazat seperti burritos , taco , quesadillas , enchiladas , nachos , mexican rice dan lain lain lagi . Bagi minuman pula ialah air berkabonat , mex chocolate , mex coffee dan lain lain . Menurut pemilik restoran ini , makanan yang paling istimewa ialah enchiladas . Enchiladas mempunyai empat jenis iaitu southwest chicken , beef , spicy beef stew dan bean .


 

Seperti gambar yang di atas , ini adalah salah satu menu yang telah ditawarkan di Restoran Popilla One City . Bagi sesiapa yang ingin mencuba makan makanan mexico , anda boleh datang ke restoran ini untuk menikmati citarasa mexico .

Khamis, 13 November 2014

Asas Potongan



Assalamuaalaikum dan salam satu Malaysia . Hari ini saya ingin menceritakan asas potongan . Terdapat pelbagai teknik yang telah saya pelajari di Kolej PTPL Shah Alam daripada Chef Yus . Beliau telah mengajar cara-cara memotong dan jenis-jenis memotong sayur . Sebagai contoh , brunoise , fine julienne , paysane , slicing , small dice , medium dice , cube ,  tourne dan sebagainya . Dan ini adalah hasil usaha kerja saya bersama pasangan saya.

Selamat Datang !

Assalamuaalaikum  dan salam sejahtera . Saya Mohamad Nazri dari kolej PTPL SHAH ALAM . Saya masih baru dengan blog ini dan cuba untuk membiasakan diri . Jadi selamat datang !