Ahad, 23 November 2014

Muzium Coklat

Muzium Coklat


Pada hari ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai Muzium Coklat ini. Bertempat di kawasan kota Damansara , muzium ini dibuka secara percuma untuk orang ramai bermula dari 10 pagi sehingga 5 petang pada setiap hari .

Muzium ini akan memberi pelbagai jenis info tentang coklat . Mereka akan menerangkan jenis-jenis coklat dan pelbagai lagi .Bagi mereka yang menggemari coklat, boleh la berkunjung ke sini untuk mendapat pengalaman baru .

Terdapat banyak informasi mengenai coklat di sepanjang menuju ke Chocolate Kitchen dan Chocolate Galleria.

Sistem Barter
Cortes ialah orang yang pertama membawa biji koko ke europe


Ini ialah Raja Montezuma .Raja inilah yang orang yang pertama menjadikan kokoa ini sebagai makanan .Pada masa dahulu ,kaum-kaum lain menjadikan koko sebagai tempat pemujaan dan lain lain .


Menurut dari Chef  yang bertugas, coklat adalah baik untuk otak , tulang , jantung dan lain .Ia dapat menguatkan daya ingatan , menguatkan tulang dan melancarkan peredaran darah .

Chocolate Kitchen
Ini adalah Chocolate Kitchen . Ini semua dibuat daripada coklat dan pelbagai bentuk yang menarik dan cantik yang dibuat oleh Chef yang mahir dalam bidang ini .

Selepas menikmati demonstrasi tersebut, pengunjung-pengunjung boleh membeli coklat-coklat dia Galleria Chocolate pada harga yang lebih murah.

Bagi mereka yang amat meminati coklat ini, bolehlah menghadirkan diri ke Muzium Coklat ini untuk mendapat informasi yang lebih mendalam lagi.

1 ulasan:

  1. penulisan yang baik.. tingkatkan lagi dengan cerita berkenaan lokasi tempat makan yang menarik yang pernah anda kunjungi.

    BalasPadam