Ahad, 25 Januari 2015

Johnny's Steamboat

Johnny's Steamboat

Assalamuaalaikum dan selamat petang. Hari ini saya ingin berkongsi pendapat tentang restoran ini. Restoran ini menawarkan perkhidmatan table service kepada pelanggan. Pelanggan dikenakan service charge dan government tax dan total keseluruhannya ialah 16%. 



Restoran ini menawarkan makanan steamboat dan makanan laut. Harga mahal sedikit tetapi puas hati kerana ia lain daripada yang lain. Restoran ini juga menawarkan makanan yang lain seperti belacan rice, pineapple rice, chicken wings dan lain-lain lagi. Jadi datanglah ke sini untuk mencuba makanan yang baru. Terletak di Summit USJ di tingkat LG.





Wendy's

Wendy's

Assalamuaalaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua. Pada kali ini, saya telah datang ke Wendy's untuk makan malam. 


Ia sama sahaja seperti kedai fast food yang lain cuma berbeza dari segi susun aturnya. Susun aturnya yang kemas san selesa. Dari segi makanan pula, saya berpuas hati. Apa yang dijanjikan di dalam gambar sama seperti di berikan.

Makanannya terdapat pelbagai jenis makanan seperti burger, french fries, fried chicken dan lain-lain. Jadi cubalah di restoran ini untuk merasai sesuatu kelainan.



Kenny Rodgers Roasters

Kenny Rogers Roasters

Assalamuaalaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua. Beberapa bulan yang lalu, saya dan kawan-kawan telah pergi ke Kenny Rogers Roaster untuk makan tengah hari bersama setelah lama tidak bersama.


Kenny Rogers Roasters ini terdapat di merata tempat dan salah satu yang telah kami kunjungi ialah di Sunway Pyramid,Subang Jaya. Suasana yang tenang dan persekitaran yang selesa di mana meja dan kerusi yang digunakan adalah selesa.


Makanan di sini kebiasaannya ialah ayam sempena nama restoran. Tetapi ada juga jenis makanan lain disediakan tetapi di sini terkenal dengan ayamnya. Sebagai contoh, kita boleh memilih side dish makanan kita sendiri seperti mashed potatoes, pasta, mac and cheese dan lain-lain lagi. Jika anda ingin cuba, boleh la datang ke Kenny Rogers Roaster di mana mana pusat membeli belah yang berdekatan dengan kawasan perumahan anda. 





McDonald's

McDonald's

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Restoran yang seterusnya yang telah saya pilih ialah McDonald's. Apa yang kita tahu ialah McDonald's adalah salah sebuah kedai fast food yang terkenal di dunia.



Ia tidak menyediakan table service kepada pelanggan dan mereka harus memesan makanan terus di kaunter makanan. Maka dengan ini, pelanggan perlu membawa makanan ke mejanya sendiri.


Di sini terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan seperti big mac, chicken mcdeluxe, fish fillet dan lain-lain lagi. Dari segi harga pula bagi saya adalah berpatutan. Tidak terlalu mahal berbanding restoran-restoran yang lain. Premis tersebut juga mementingkan keselesaan pelanggan dengan perabot yang baik dah susun atur meja yang sesuai. Jika anda tidak pasti di mana tempat makan yang cari, anda boleh singgah ke McDonald's untuk menikmati makanan yang sedap.


Pizza Hut

Pizza Hut 

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini, saya ingin berkongsikan sedikit sebanyak tentang restoran tersebut. Setelah apa yang kita tahu, pizza hut adalah salah sebuah restoran fast food yang terkenal di merata tempat. 


Restoran ini menawarkan perkhidmatan table service kepada pelanggannya. Maka dengan itu, service charge dan government tax turut dikenakan kepada pelanggan.



Setelah apa yang kita tahu, restoran ini berpakaian tidak formal dan suasana yang bersahaja. Harganya yang berpatutan kerana makanannya yang enak. Terdapat pelbagai jenis pizza yang disediakan dan contohnya ialah Hawaiian Chicken, Pizza Pepperoni dan lain-lain. 

Kepada mereka yang mempunyai masa  yang terluang, boleh datang ke Pizza hut untuk menikmati hidangan yang istimewa.

Sri Melur

The Sri melur

Assalamuaaikum dan selamat sejahtera. Semalam saya telah mengunjungi sebuah restoran berdekatan dengan Uptown Damansara selepas menonton perlawanan bola sepak. Kami telah pergi ke Restoran Sri Melur untuk makan malam. 

Restoran tersebut menghidangkan pelbagai jenis makanan. Terdapat western, asian dan melayu. Saya telah memilih Nasi Ayam Penyet Special manakala kawan kawan memesan makanan western. 

Nasi Goreng Penyet Special :RM7

Chicken Chop: RM 13

Bagi mereka yang mempunyai masa yang terluang, boleh la singgah ke restoran tersebut untuk menikmati makanan tersebut.

Secret Recipe

Secret Recipe 

Assalamuaalaikum dan salam satu malaysia. Minggu lepas saya telah berkunjung ke Secret Recipe untuk mencuba sesuatu yang baru. 


Restoran ini menjual pelbagai jenis makanan seperti spaghetti,ais cream dan kek. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis kek seperti cheesecake, chocolate cake dan lain-lain lagi. Premis ini menyediakan table service kepada setiap pelanggan yang mengunjungi premis tersebut.


Kepada sesiapa yang ingin menyambut hari jadi, boleh mengadakan majlis tersebut di premis ini kerana ia menyediakan pelbagai jenis kek.