Pak Usu Steamboat

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera. Pada bulan lepas, saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke restoran Pak Usu Steamboat untuk menyambut hari jadi mentor kami. Terletak di seksyen 13 Shah Alam berdekatan dengan Stadium Shah Alam dan Kolej PTPL. Kami memilih restoran tersebut kerana ia memiliki lain daripada yang lain kerana ia berkonsepkan 'buffet' dan perlu membayar dengan harga yang berpatutan iaitu rm30. Terdapat pelbagai jenis makanan seperti daging, ayam, sayur-sayuran dan makanan laut. Bagi minuman pula, ia bertukar-tukar mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak yang berkenaan. Dan akhir sekali ialah pencuci mulut. Premis ini menyediakan pelbagai jenis ais krim dan kuih-muih sebagai penutup. Berpuas hati juga dengan servis yang diberikan kerana pekerja mereka amat mahir dan melayani pelanggan dengan baik sekali. Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba makanan tersebut, boleh la datang ke restoran Pak Usu Steamboat untuk menikmati setiap hidangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan