Assalamuaalaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Restoran yang seterusnya yang telah saya pilih ialah McDonald's. Apa yang kita tahu ialah McDonald's adalah salah sebuah kedai fast food yang terkenal di dunia.
Ia tidak menyediakan table service kepada pelanggan dan mereka harus memesan makanan terus di kaunter makanan. Maka dengan ini, pelanggan perlu membawa makanan ke mejanya sendiri.
Di sini terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan seperti big mac, chicken mcdeluxe, fish fillet dan lain-lain lagi. Dari segi harga pula bagi saya adalah berpatutan. Tidak terlalu mahal berbanding restoran-restoran yang lain. Premis tersebut juga mementingkan keselesaan pelanggan dengan perabot yang baik dah susun atur meja yang sesuai. Jika anda tidak pasti di mana tempat makan yang cari, anda boleh singgah ke McDonald's untuk menikmati makanan yang sedap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan