Ahad, 25 Januari 2015

Black Canyon Coffee

Black Canyon Coffee 

Assalamuaalaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini saya telah menemani rakan saya untuk makan tengah hari dan kami telah memilih Black Canyon Coffee yang berhampiran dengan kawasan perumahan saya. Terletak di dalam Summit USJ tingkat G.


Restoran ini juga menyediakan makanan thailand dan western seperti steaks, chicken chop, dan lain-lain lagi. Tambahan pula, harganya berpatutan dah puas hati.


Restoran ini berkonsepkan thailand dan lebih terkenal dengan kopinya. Pelbagai jenis kopi yang disediakan seperti Coffee Frappe, Hot Mocha, Green Tea Latte dan lain-lain lagi. Amat sesuai kepada sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan wifi kerana ia telah disediakan oleh premis tersebut. Kepada penggemar kopi, boleh singgah ke restoran ini untuk menikmati kopi yang istimewa.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan