Restoran ini buka pada setiap hari dan makanannya lebih dikenali dengan burger. Ia amat terkenal dengan pelbagai jenis burger seperti double western, famous star dan lain-lain lagi. Lokasi yang saya lawati ialah di Sunway Pyramid,subang jaya berhampiran dengan kawasan tempat tinggal saya.
Selain daripada burger, ia juga menawarkan makanan lain seperti chilli fries dan lain-lain. Air pula boleh diisi semula jika habis tanpa dikenakan bayaran. Suasana yang bersahaja dan selesa. Bagi penggemar burger di luar sana, boleh la singgah ke sini untuk mencuba sesuatu yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan