Ahad, 25 Januari 2015

Johnny's Steamboat

Johnny's Steamboat

Assalamuaalaikum dan selamat petang. Hari ini saya ingin berkongsi pendapat tentang restoran ini. Restoran ini menawarkan perkhidmatan table service kepada pelanggan. Pelanggan dikenakan service charge dan government tax dan total keseluruhannya ialah 16%. 



Restoran ini menawarkan makanan steamboat dan makanan laut. Harga mahal sedikit tetapi puas hati kerana ia lain daripada yang lain. Restoran ini juga menawarkan makanan yang lain seperti belacan rice, pineapple rice, chicken wings dan lain-lain lagi. Jadi datanglah ke sini untuk mencuba makanan yang baru. Terletak di Summit USJ di tingkat LG.





Wendy's

Wendy's

Assalamuaalaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua. Pada kali ini, saya telah datang ke Wendy's untuk makan malam. 


Ia sama sahaja seperti kedai fast food yang lain cuma berbeza dari segi susun aturnya. Susun aturnya yang kemas san selesa. Dari segi makanan pula, saya berpuas hati. Apa yang dijanjikan di dalam gambar sama seperti di berikan.

Makanannya terdapat pelbagai jenis makanan seperti burger, french fries, fried chicken dan lain-lain. Jadi cubalah di restoran ini untuk merasai sesuatu kelainan.



Kenny Rodgers Roasters

Kenny Rogers Roasters

Assalamuaalaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua. Beberapa bulan yang lalu, saya dan kawan-kawan telah pergi ke Kenny Rogers Roaster untuk makan tengah hari bersama setelah lama tidak bersama.


Kenny Rogers Roasters ini terdapat di merata tempat dan salah satu yang telah kami kunjungi ialah di Sunway Pyramid,Subang Jaya. Suasana yang tenang dan persekitaran yang selesa di mana meja dan kerusi yang digunakan adalah selesa.


Makanan di sini kebiasaannya ialah ayam sempena nama restoran. Tetapi ada juga jenis makanan lain disediakan tetapi di sini terkenal dengan ayamnya. Sebagai contoh, kita boleh memilih side dish makanan kita sendiri seperti mashed potatoes, pasta, mac and cheese dan lain-lain lagi. Jika anda ingin cuba, boleh la datang ke Kenny Rogers Roaster di mana mana pusat membeli belah yang berdekatan dengan kawasan perumahan anda. 





McDonald's

McDonald's

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Restoran yang seterusnya yang telah saya pilih ialah McDonald's. Apa yang kita tahu ialah McDonald's adalah salah sebuah kedai fast food yang terkenal di dunia.



Ia tidak menyediakan table service kepada pelanggan dan mereka harus memesan makanan terus di kaunter makanan. Maka dengan ini, pelanggan perlu membawa makanan ke mejanya sendiri.


Di sini terdapat pelbagai jenis makanan yang disediakan seperti big mac, chicken mcdeluxe, fish fillet dan lain-lain lagi. Dari segi harga pula bagi saya adalah berpatutan. Tidak terlalu mahal berbanding restoran-restoran yang lain. Premis tersebut juga mementingkan keselesaan pelanggan dengan perabot yang baik dah susun atur meja yang sesuai. Jika anda tidak pasti di mana tempat makan yang cari, anda boleh singgah ke McDonald's untuk menikmati makanan yang sedap.


Pizza Hut

Pizza Hut 

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini, saya ingin berkongsikan sedikit sebanyak tentang restoran tersebut. Setelah apa yang kita tahu, pizza hut adalah salah sebuah restoran fast food yang terkenal di merata tempat. 


Restoran ini menawarkan perkhidmatan table service kepada pelanggannya. Maka dengan itu, service charge dan government tax turut dikenakan kepada pelanggan.



Setelah apa yang kita tahu, restoran ini berpakaian tidak formal dan suasana yang bersahaja. Harganya yang berpatutan kerana makanannya yang enak. Terdapat pelbagai jenis pizza yang disediakan dan contohnya ialah Hawaiian Chicken, Pizza Pepperoni dan lain-lain. 

Kepada mereka yang mempunyai masa  yang terluang, boleh datang ke Pizza hut untuk menikmati hidangan yang istimewa.

Sri Melur

The Sri melur

Assalamuaaikum dan selamat sejahtera. Semalam saya telah mengunjungi sebuah restoran berdekatan dengan Uptown Damansara selepas menonton perlawanan bola sepak. Kami telah pergi ke Restoran Sri Melur untuk makan malam. 

Restoran tersebut menghidangkan pelbagai jenis makanan. Terdapat western, asian dan melayu. Saya telah memilih Nasi Ayam Penyet Special manakala kawan kawan memesan makanan western. 

Nasi Goreng Penyet Special :RM7

Chicken Chop: RM 13

Bagi mereka yang mempunyai masa yang terluang, boleh la singgah ke restoran tersebut untuk menikmati makanan tersebut.

Secret Recipe

Secret Recipe 

Assalamuaalaikum dan salam satu malaysia. Minggu lepas saya telah berkunjung ke Secret Recipe untuk mencuba sesuatu yang baru. 


Restoran ini menjual pelbagai jenis makanan seperti spaghetti,ais cream dan kek. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis kek seperti cheesecake, chocolate cake dan lain-lain lagi. Premis ini menyediakan table service kepada setiap pelanggan yang mengunjungi premis tersebut.


Kepada sesiapa yang ingin menyambut hari jadi, boleh mengadakan majlis tersebut di premis ini kerana ia menyediakan pelbagai jenis kek.

Bliss 33 Cafe

Bliss 33 Cafee

Assalamuaalaikum dan selamat sejahtera. Ia seperti kedai kopi kecil di mana terletak di usj 2 yang berhampiran dengan petronas. Terdapat pelbagai jenis makanan western dan asian yang disediakan.

Bliss 33 Cafe
No. 31-33, Jalan USJ2/2C
47600 UEP Subang Jaya
Selangor.


Tempatnya kecil tetapi amat selesa. Perabot yang selesa dan suhu yang sesuai dan amat tenang. Menggunakan lampu yang tidak terlalu terang dan boleh berehat. Harganya sesuai dengan harga makanannya dan amat berpuas hati.

Bliss Special Chicken :RM6.90

Ice Plum Lemon :RM4:70

Bagi mereka yang mempunyai masa yang lapang, boleh singgah ke restoran tersebut kerana makanannya yang unik. Jadi jangan lepaskan peluang yang telah sedia terhidang.







Black Canyon Coffee

Black Canyon Coffee 

Assalamuaalaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini saya telah menemani rakan saya untuk makan tengah hari dan kami telah memilih Black Canyon Coffee yang berhampiran dengan kawasan perumahan saya. Terletak di dalam Summit USJ tingkat G.


Restoran ini juga menyediakan makanan thailand dan western seperti steaks, chicken chop, dan lain-lain lagi. Tambahan pula, harganya berpatutan dah puas hati.


Restoran ini berkonsepkan thailand dan lebih terkenal dengan kopinya. Pelbagai jenis kopi yang disediakan seperti Coffee Frappe, Hot Mocha, Green Tea Latte dan lain-lain lagi. Amat sesuai kepada sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan wifi kerana ia telah disediakan oleh premis tersebut. Kepada penggemar kopi, boleh singgah ke restoran ini untuk menikmati kopi yang istimewa.





Carl's Jr

UThe Assalamuaalaikum dan salam satu malaysia. Pada hari ini saya ingin berkongsikan tentang restoran yang seterusnya iaitu Carl's Jr.


Restoran ini buka pada setiap hari dan makanannya lebih dikenali dengan burger. Ia amat terkenal dengan pelbagai jenis burger seperti double western, famous star dan lain-lain lagi. Lokasi yang saya lawati ialah di Sunway Pyramid,subang jaya berhampiran dengan kawasan tempat tinggal saya. 

Selain daripada burger, ia juga menawarkan makanan lain seperti chilli fries dan lain-lain. Air pula boleh diisi semula jika habis tanpa dikenakan bayaran. Suasana yang bersahaja dan selesa. Bagi penggemar burger di luar sana, boleh la singgah ke sini untuk mencuba sesuatu yang baru.



Manhattan Fish Market

The Manhattan Fish Market 

Assalamuaalaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca blog saya. Pada kali ini, saya ingin berkongsikan sedikit sebanyak tentang restoran ini.


The Manhattan Fish Market pada kebiasaannya terletak di kawasan yang stratergik seperti di pusat membeli belah, kawasan tumpuan penduduk dan lain-lain. Dengan suasana yang bersahaja dan tidak memerlukan pakaian formal dan harganya yang serdehana. Bagi mereka yang meminati suasana yang tenang dan tidak formal boleh la datang ke restoran tersebut. 

Restoran ini juga menawarkan table service kepada pelanggan dan service charge dan government tax juga turut dikenakan kepada pelanggan. 


Restoran ini menawarkan makanan yang berasal dari laut seperti fish and chips, salmon Grill dan lain - lain lagi. Makanan lain juga turut disediakan untuk menambahkan lagi citarasa pelanggan. Bagi sesiapa yang ingin mencuba, boleh la datang bersama tersayang.

Sabtu, 24 Januari 2015

Steamboat Pak Usu

Pak Usu Steamboat



Assalamuaalaikum dan salam sejahtera. Pada bulan lepas, saya dan rakan-rakan saya telah pergi ke restoran Pak Usu Steamboat untuk menyambut hari jadi mentor kami. Terletak di seksyen 13 Shah Alam berdekatan dengan Stadium Shah Alam dan Kolej PTPL. Kami memilih restoran tersebut kerana ia memiliki lain daripada yang lain kerana ia berkonsepkan 'buffet' dan perlu membayar dengan harga yang berpatutan iaitu rm30. Terdapat pelbagai jenis makanan seperti daging, ayam, sayur-sayuran dan makanan laut. Bagi minuman pula, ia bertukar-tukar mengikut jadual yang telah disediakan oleh pihak yang berkenaan. Dan akhir sekali ialah pencuci mulut. Premis ini menyediakan pelbagai jenis ais krim dan kuih-muih sebagai penutup. Berpuas hati juga dengan servis yang diberikan kerana pekerja mereka amat mahir dan melayani pelanggan dengan baik sekali. Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba makanan tersebut, boleh la datang ke restoran Pak Usu Steamboat untuk menikmati setiap hidangannya.